-
Jangan hanya bernyawa, hiduplah.
Sehingga detik ini, aku hanya bernyawa setiap detik, tapi aku hidup hanya untuk beberapa detik. Aku masih sedang belajar untuk hidup, bahkan hidup dengan lebih baik. Setiap hari, aku bangkit hanya kerana aku masih bernyawa, dan meneruskan hidup tanpa benar-benar tahu apa tujuan sebenar aku hidup. Apa sebenar hidup? Bagi aku, hidup adalah tentang rasa…
-
Sanggupkah Kamu?
Untuk bersama aku, sememangnya tak mudah. Hidupku sendiri sudah cukup payah, apatah lagi untuk orang lain menerima diriku yang penuh dengan masalah. Hidupku sendiri sudah cukup banyak beban, apatah lagi untuk orang lain merasa terkesan juga. Untuk bersama aku, kamu harus tahu banyak hal. Tentang masalahku yang tak pernah usai, tentang bebanan fikiranku yang sentiasa…
-
Renung
Sampai di satu titik kehidupan, ujian yang datang bertubi-tubi, tak mampu kau andaikan hikmah-hikmah. Sampai di satu titik kehidupan, ujian yang datang menyerbu, tak mampu kau halang atau singkirkan. Sampai di satu titik kehidupan, kau tak mampu faham dan hadam, apa yang sedang Tuhan rencanakan. Puas kau renung, apakah ujian ini kerana silap orang-orang yang…
-
Cukup
Bila mana rasa syukur itu ada di sudut hati, pasti rasa cukup akan terlahir di sudut hati yang lain. Bila mana rasa syukur itu selalu diucap, pasti rasa cukup akan melahirkan rasa bahagia. Bila mana rasa syukur itu tumbuh di jiwa, pasti rasa cukup akan menepis rasa iri, hasad mahupun riak. Bila mana rasa syukur…
-
Trauma
Tak terlihat oleh mata kasar. Tak mampu disentuh dengan tangan. Tak terdengar oleh telinga. Yang laluinya saja tahu, bagaimana rasanya. Ia yang tak akan dapat dirasa, oleh pancaindera. Ia yang tak akan hilang, oleh masa. Ia yang tak akan sembuh, oleh penawar. Trauma itu cukup membunuh. Ia muncul setelah luka habis. Luka oleh perbuatan mereka…
-
Jangan Pernah
Jangan pernah sesekali kau cuba buka dan beri ruang kepada mana-mana orang lagi. Kepada seseorang yang belum tentu jodoh kau. Kepada seseorang yang belum tentu mahu jadikan kau pasangannya. Jangan pernah sesekali kau cuba percaya seseorang lagi. Walau sebaik malaikat sekalipun seseorang yang kau temui, jangan pernah kau goyah dengan apa yang dia beri. Jangan…
-
22 tahun 4 bulan
Terima kasih, untuk tempoh ini. Kau melahirkan, membesarkan, mengasuh, mendidik, menegur, menjadi ibu terbaik buat aku. Terima kasih untuk segala-galanya, walau aku tahu ucapan terima kasih ini tak cukup untuk membalas segala pengorbananmu terhadapku. Siapa sangka, siapa terfikir, kau akan pergi meninggalkan kami terlebih dahulu, seawal begini, waktu terdekat ini. Tak aku sangka, hari itu…
-
Kifarah
Mungkin, sakit yang aku rasakan kali ini, kerana dosa-dosa aku yang lalu. Mungkin, sakit yang aku dapat ini, kerana aku pernah beri sakit pada orang lain. Mungkin, aku jatuh kali ini kerana dulu aku pernah membuat orang lain jatuh. Mungkin, luka yang aku sedang rawat kali ni, kerana luka orang lain disebabkan aku. Kifarah itu…
-
Perjalanan
Hidup adalah hanya satu perjalanan. Dunia adalah sebuah tempat persinggahan. Syurga adalah destinasi utama. Kita pula adalah seorang musafir. Hidupnya kita di dunia untuk mencari bekalan ke destinasi yang kita mahukan. Perjalanan kita untuk kembali ke destinasi yang kita idamkan—syurga. Dan sememangnya kita perlu berusaha untuk sampai ke destinasi, selebihnya serah pada Tuhan. Bagi aku,…
-
Move On
Tak pernah terfikir aku akan berakhir terluka begitu parah kerananya. Salah sendiri juga kerana terlalu percaya, terlalu berharap, terlalu mencintai. Tuhan izinkan aku untuk lalui 2 tahun fasa move on yang hampir membinasakan diri, tapi kini akhirnya aku bahagia mengecap hikmah-Nya. Percayalah, tak ada move on yang tak akan berhasil. Akan berhasil, cuma perlu waktu.…